Followers

iklan


Popular Posts

Saturday, April 16, 2011

Kerusi mengurut

Bayangkan rupa manusiakah kerusi ini? Dilihat oleh manusia yang jarang melihat benda ini, pastinya anggapan bahawa inilah robot yang menyerupai manusia; ada kepala, tangan, badan, dan kaki.

Akan tetapi hakikatnya mungkin yang mencipta ini mengambil bentuk rupa manusia sebagai rupa bentuk mencipta kerusi ini. Benda ini memang banyak terdapat di mana-mana, yang berfungsi mengurut.

Manusia Menungging

Bayangkan apakah bentuk kereta ini? Kasut tumit kah? akan tetapi kasut itu sendiri menampakkan serupa dengan bentuk manusia yang sedang menungging bukan? Yang mana bahagian atas itu dia punya ponggong.

Gamaknya orang membayangkan rupa bentuk manusia juga untuk mencipta bentuk kasut.

Kemudian, orang ini, meniru bentuk kasut tumit untuk membentuk rupa kenderaan.

Tuesday, March 22, 2011

Rupa Lembaga

bayangkan lembaga apakah ini? Ini gambar kumpulan asap dan api menjulang membentuk lembaga, satu makhluk macam raksaksa. Serangan ke atas negara Libya oleh tentera antarabangsa bangsa-bangsa bersatu yang dikepalai oleh Amerika Syarikat, Perancis dan Britain.

Awal pagi Ahad 20 Mac 2011, iatu hari orang-orang kristian sembahyang di gereja, tentera Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis melancarkan peluru berpandu Tomahawk dan membuat serangan udara terhadap beberapa sasaran di Libya, mencetuskan kemarahan pemimpin negara Arab itu, Muammar Gaddafi yang mengisytiharkan kawasan Mediterranean sebagai ‘medan perang.’

Saturday, March 19, 2011

Dari Kepala Itek

Adakah hasil produk ini sengaja meniru mulut itek atau kebetulan. Namun yang dilihat produk ini menyamai mulut itek. Bayangkan muka itek ada mulut, ada mata. Menyupai sebiji macam seolah sama bukan.

Mulut Itek Macam Muka Anjing

Lihat mulut itek ini, bukankah ia kejadian semula jadi. Menyerupai muka anjing. Kejadian mana-mana benda yang hampir serupa dengan kejadian yang lain. Maka, mengucaplah SubhaAllah.

Bolehkah kita bayangkan dengan benda-benda yang lain. Misalnya, lihat rupa bentuk kereta dari pandangan tepi, dari pandangan hadapan, dan dari pandangan belakang. Dapatkah kita nampak? Bentuk rupa haiwankah, rupa orang perempuankah atau rupa apakah.

Bagaimana dengan benda lain. Misalnya rupa bentuk banjaran gunung titiwangsa. Rupa bentuk dom masjid. Rupa bentuk botol shampoo dan rupa bentuk yang lain-lain.